Pengikut ajaran sesat di Thailand telah mengejutkan orang ramai di sana kerana sanggup memakan najis manusia atas alasan kesihatan. Mazhab itu sudah empat tahun wujud, namun hanya terbongkar selepas serbuan di pondok kayu yang menempatkan perhimpunan ahli pada 9 Mei lalu, lapor Metro UK.

Mereka menjadikan pondok kecil di hutan wilayah Chaiyaphum sebagai pusat pemujaan dengan polis menemukan 11 keranda berisi mayat reput serta kawasan pondok yang dipenuhi dengan ulat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikatakan bahawa 30 orang adalah pengikut setia Tawee Nanla, seorang guru kerohanian berusia 70-an yang dilihat sebagai “Bapa Segala Agama”. Mereka percaya bahawa semua jenis kotoran yang keluar dari badan pemimpin-air kencing, air liur, kulit mati dan najis-adalah ubat penawar. Tawee ditahan dalam serbuan, atas tuduhan menggunakan tanah negara tanpa permit, menyeludup badan dan melanggar protokol COVID-19.

Polis juga membongkarkan fakta yang mengejutkan di mana kebanyakan makanan harian seperti ikan, kacau hijau atau sotong kering turut disaluti dengan najis. Ia adalah produk makanan yang akan dijual kepada umum.

Tawee menegaskan bahawa pengikutnya memakan najisnya atas kehendak mereka sendiri. Dia berkata dia tidak pernah memaksa mereka untuk berbuat demikian. Kenyataan Tawee mungkin benar. Menurut kenyataan polis, pihak berkuasa menghadapi tentangan kuat daripada anggota semasa serbuan itu. Sebahagian daripada mereka dilaporkan meminum air kencing guru dan kulit mati di hadapan polis.

11 mayat yang ditemui di pondok itu merupakan bekas pesakit yang telah pergi ke Tawee untuk mendapatkan rawatan. Menurut ahli mazhab, jenazah sengaja tidak dikebumikan atas kepercayaan Tawee akan membawa roh mereka ke syurga. Bahagian bawah keranda malah berlubang supaya pengikut dapat mengambil cecair daripada pereputan mayat itu dan dijadikan pencuci muka. Cecair itu sekali lagi dipercayai mempunyai manfaat kesihatan.

Gabenor wilayah Chaiyaphum, Kraisorn Kongchalad, “sangat terganggu” dengan kehadiran kumpulan itu.

“Ini bukan lagi soal kepercayaan peribadi,” katanya. “Kes itu melibatkan mayat. Semua institusi mesti bekerjasama untuk mendedahkan fakta tentang orang yang menganut mazhab ini.”

Ritual menyimpang ini mulanya dibongkarkan selepas YouTuber Mor Pla melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pencipta kandungan yang sering membuat video tentang ajaran sesat, aktiviti paranormal dan sami palsu, menerima maklumat daripada anak-anak yang ibu bapanya pengikut Tawee.

Raja Thailand kuarantin diri di Jerman bersama 20 orang gundik. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Raja Thailand Kuarantin Diri Di Jerman Bersama 20 Orang Gundik