Veronika Scott, CEO dan founder bagi The Empowerment Program berumur 24 tahun, ada kisah sendiri di sebalik kejayaannya menginspirasikan ramai wanita gelandangan yang mendapat sentuhan ajaibnya.

Membesar dalam keluarga yang mempunyai nilai mentaliti yang selalu gagal, dia belajar keluar dari kepompong kehidupannya sehingga ditawarkan biasiswa bagi menyambung pengajian di peringkat tinggi.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Rentetan tawaran itu, beliau diberi tugasan di dalam kelas bagi menghasilkan barang keperluan untuk golongan yang memerlukan. Tugasannya membawa beliau berurusan dengan golongan gelandangan yang mengubah segalanya.

Apa yang diusahakan oleh anak muda ini boleh memberi motivasi kepada anak-anak muda Malaysia yang sama-sama kuat berusaha. Pepatah Melayu ada berbunyi ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya’. Ini satu lagi kisah inspirasi yang kami suka kongsikan.

Like page The Vocket di Facebook.

Anda Mungkin Suka