Tatkala orang ramai cuba mengenakan bayaran servis setimpal dengan keadaan ekonomi semasa, masih ada pihak yang cuba membantu orang ramai dengan mengenakan bayaran mengikut kemampuan pelanggan.

Baru-baru ini sebuah pusat perkhidmatan cuci kenderaan di Jaya Gading, Kuantan telah menarik perhatian orang ramai apabila mengenakan bayaran seikhlas hati untuk perkhidmatan mencuci kenderaan.

Pusat mencuci kenderaan tersebut diusahakan oleh PU Lokman dan pasukannya dengan memberikan tawaran istimewa hanya pada hari Jumaat, di mana pelanggan boleh membayar perkhidmatannya dengan memasukkan duit ke dalam kotak yang disediakan.

“Pelanggan boleh datang mencuci kenderaan mereka pada setiap hari, tetapi hari Jumaat cukup istimewa kerana pelanggan boleh bayar ikut kemampuan. Pada hari lain, pelanggan bayar seperti kadar biasa,” terangnya.

vocket-cuci-kereta-bayar-seikhlas-hati-1
Sumber Gambar: Sinar Harian

Menurutnya lagi, hasil kutipan itu akan disalurkan kepada penghuni di Pondok Tahfiz Haji Ahmad Kampung Dala di Lanchang yang mana sebelum ini dia bergantung sepenuhnya kepada kutipan derma dan surau untuk membayar kos operasi pondok tahfiz tersebut.

Oleh kerana timbul perasaan ‘sampai bila perlu berharap sumbangan daripada orang ramai’, PU Lokman mengambil satu inisiatif untuk membuka satu perniagaan yang memberikan khidmat cuci berkonsepkan amal jariah dan ternyata sambutan diterima sangat menggalakkan.

Selain menawarkan perkhidmatan mencuci kereta dengan mengenakan bayaran seikhlas hati, PU Lokman turut berkongsi rezeki dengan menawarkan ‘Food Bank’ kepada orang ramai.

Dengan memegang konsep ‘Ambil jika perlu, Sumbang jika mampu’, PU Lokman mengalu-galukan orang ramai untuk datang ke Ustaz Carwash untuk mengambil barangan keperluan asas sekiranya memerlukan, atau menyumbang sekiranya anda lebih berkemampuan.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket sepanjang minggu ini melalui pautan di bawah.

Celcom Dan Digi Sah Bergabung Secara Rasmi Sebagai Celcom Digi Berhad

Ditawarkan Dengan Ciri ‘Wallet Friendly’, Iklan Terbaru Bata Malaysia Berjaya Cuit Hati Netizen

Jalil Rasheed Mahu Promosi Budaya Malaysia, Umum Batik Sebagai Pakaian Rasmi Kumpulan Berjaya