Sebelum dunia diserang pandemik COVID-19, sebahagian besar orang masih mempunyai pilihan sama ada mahu memiliki kereta ataupun tidak. Tetapi selepas pelaksanaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah orang yang berhasrat mahu memiliki kereta telah meningkat mengikut negara seperti Malaysia (32%) dan Indonesia (12%).

Manakala jumlah orang yang mahu menjual kereta selepas pelaksanaan PKP turut meningkat sebanyak 133% dari Malaysia, diikuti Indonesia 52% dan Thailand 15%. Sebab utama kereta dijual ialah mereka mahu melupuskan kereta-kereta lama dan menambah duit tunai di tangan bagi persiapan dalam keadaan yang tidak stabil sekarang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jumlah penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dan e-hailing berkurangan dengan ketara di Malaysia, Indonesia dan Thailand
semasa PKP kerana responden tidak mahu mendedahkan diri mereka kepada Covid-19. Oleh itu, mereka lebih selesa menggunakan pengangkutan sendiri untuk menuju ke tempat yang mereka mahu pergi.

vocket-trend-beli-kereta-1
Sumber Gambar: Car From Japan

Berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat oleh Carsome, platform perniagaan kereta terpakai tempatan menyatakan permintaan terhadap industri kereta terpakai menunjukkan angka yang baik kerana orang ramai boleh mendapatkan kereta dalam masa yang singkat tanpa perlu menunggu tempoh penghantaran kereta yang lama.

Ramai orang di Malaysia mula menggunakan platform tersebut dan jumlah ini meningkat sehingga 55%. Antara faktor yang menyumbangkan kepada angka ini ialah proses untuk membeli dan menjual kereta terpakai menjadi lebih mudah dan ianya boleh dibuat melalui telefon pintar dan komputer sahaja.

Data-data kaji selidik yang dikongsikan pihak Carsome ini dilakukan oleh panel online pada bulan Oktober 2020 yang melibatkan 1,000 responden dari Malaysia, 1,005 responden (Indonesia) dan 1,055 responden (Thailand). Laporan penuh kaji selidik ini boleh lihat lebih lanjut di sini.

Berdasarkan trend ini, kita dapat lihat lebih ramai orang akan membeli kereta sendiri menggunakan platform online pada masa akan datang. Bahkan sudah ada beberapa pemain automotif menawarkan perkhidmatan langganan kereta bagi memudahkan orang ramai memiliki kenderaan.

Baca lebih lanjut bagaimana Toyota memudahkan orang ramai melanggan kereta dengan menggunakan KINTO melalui pautan di bawah.

Toyota Perkenalkan Langganan Kereta Dengan Pemilikan Patuh Syariah Yang Pertama Di Dunia

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

Ibu Diugut Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629