Di serata platform media sosial ketika ini, ramai yang teruja berkongsikan ‘jari biru’ mereka tanda sudah menjalankan tanggungjawab mengundi bagi memilih kerajaan baharu.

Personaliti media sosial Khairulaming juga tidak terlepas berkongsi kegembiraan itu dan mengajak netizen serta semua yang layak mengundi untuk turut sama mengundi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Satu undi untuk Malaysia. Sampai pukul 6 petang ini boleh mengundi. If you can vote, jom keluar hari ini. 20 minit dah boleh settle ,” tulisnya ringkas.

Netizen rata-rata menyambut baik perkongsian itu tetapi komen daripada salah seorang peminat Sambal Nyet pula yang meraih perhatian ramai.

“Best tak beratur? Macam itu lah kitaorang rasa masa beli sambal,” tulis pemuda bernama Pagheez. Rata-rata pengikut Khairulaming turut rasa terhibur dengan komen tersebut dan Khairulaming sendiri membalas perkongsian tersebut.

Ayuh ikut saranan Khairulaming untuk keluar mengundi. Masih berbaki 6 jam untuk anda menjalankan tanggungjawab dan lebih menarik, pelbagai jenama menawarkan diskaun istimewa kepada para pengundi. Syaratnya? Anda cuma perlu tunjuk jari anda yang sudah biru sahaja. Selamat claim!