Akta Pengurusan Strata 2013 telah diwujudkan bagi memastikan persekitaran hidup yang harmoni untuk mereka yang tinggal di pembangunan strata memerlukan semua penghuni berkongsi kemudahan dalam satu komuniti.

Untuk pengetahuan anda, Akta Pengurusan Strata (Strata Management Act atau SMA) diperkenalkan pada 2013 bagi menyediakan penyelenggaraan dan pengurusan yang sewajarnya untuk bangunan dan harta bersama serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, seorang pengguna Twitter yang dipercayai seorang perunding hartanah telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan bangunan strata dimana penghuninya menyidai pakaian di balkoni dan dia mengatakan bahawa hal itu salah di bawah akta pengurusan Strata 2013.

Tambahnya lagi, sepatutnya para penghuni tidak menyidai pakaian di balkoni kerana boleh ‘merosakkan’ nilai hartanah dan jika ‘facade’ cantik maka senang untuk untung menjual hartanah tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan pelbagai pendapat berhubung dengan isu terbabit serta ada juga netizen yang mengkritiknya kerana seakan fokus mahu untung menjual rumah.

Segelintir netizen berpendapat bahawa kebanyakan mereka yang tinggal di rumah seperti itu menyidai di balkoni kerana tiada tempat sesuai untuk menyidai di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga berpendapat sepatutnya rumah-rumah seperti ini khususnya dibina dengan mengambil kira faktor cuaca dan pengudaraan rumah.

Malah, ada juga netizen mengatakan bahawa menerusi akta Strata 2013 sebenarnya mengatakan bahawa boleh menyidai di dalam kawasan balkoni tetapi bukan di luar.