Beberapa minggu kebelakangan ini hangat diperkatakan tentang Macau Scam selepas penahanan beberapa individu yang dikatakan berkait dengan sindiket berkenaan.

Sindiket itu yang sentiasa dikaitkan dengan negara luar bagaimanapun menerima perkembangan mengejut apabila ia turut didakwa disertai oleh sekumpulan individu daripada dalam negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan hasil penipuan yang telah mencecah jutaan ringgit dimana kebanyakan mangsanya adalah warga tempatan yang sudah berusia, pendedahan demi pendedahan dilakukan masyarakat bagi mengelak ianya daripada terus berlaku.

Anataranya ialah mendedahkan panggilan telefon bersama penipu-penipu ini di media sosial seperti yang dilakukan anggota polis sebelum ini dan perbualan panjang ini yang bertukar menjadi nasihat yang dikongsikan netizen pada semalam.

“Dengarkanlah pesanan penipu Macau Scam ini baik-baik.

“Rakaman perbualan jujur dengan scammer baik. Kita doakan dia agar dipermudahkan urusan dunia dan kembali ke pangkal jalan,” kongsi netizen bersama sebuah video perbualan telefon yang dirakam.

Dalam video berdurasi 13 minit lebih itu, lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang penipu Macau Scam membuat panggilan sebagai seorang pegawai polis untuk menipu mangsa.

Modus operandinya, sama- iaitu menyamar sebagai pegawai polis dan cuba untuk menakutkan mangsa dengan mengatakan ada bungkusan di atas nama mereka yang kini ditahan pihak polis di Sabah.

Tidak mudah tertipu, mangsa yang melayan kerenah pemanggil itu bagaimanapun mula menukar nada dan memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah mengetahui bahawa individu yang menghubunginya itu adalah penipu.

Walaupun perbualan menjadi sedikit tegang selepas pendedahan itu, mereka berdua kemudiannya menyambung perbualan dan di sini lah ianya bertukar menjadi sesi nasihat-menasihati antara satu sama lain.

Tetapi jangan salah sangka, sesi menasihati ini bukanlah seperti apa yang anda jangakakan dimana orang yang cuba ditipu menasihatkan penipu tetapi ini adalah nasihat daripada penipu itu sendiri selepas identitinya didedahkan mangsa.

Nasihat daripada penipu

Menydari identitinya sebagai penipu telah terbongkar, lelaki yang mendakwa bekerja sebagai anggota polis itu bagaimanapun tidak terus memutuskan panggilan sebaliknya mengambil masa beberapa minit untuk menasihati mangsa dan bakal-bakal mangsa penipuan yang dilakukan mereka.

Mengakui apa yang dilakukannya salah dari sisi undang-undang namun beliau menegaskan penipuan itu tidak akan berlaku sekiranya masyarakat dididik dengan kesedaran mengenai penipuan melalui panggilan telefon.

“Untuk kau, aku anggap kau kawan aku. Nasihat keluarga kau jangan jawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali, itu saja.

“Okay macam ini aku bagitahu, aku tipu orang yang leka, cuai dan percayakan perkara ini.

“Kalau dia tidak percaya dia tidak akan kena tipu, kau percaya satu benda (nasihat) ini saja,” nasihatnya beliau kepada orang ramai.

Orang ramai dan masyarakat juga tambah beliau tidak seharusnya takut atau gelabah bila dihubungi penipu yang cuba menakutkan mereka dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan palsu seperti taktik yang sentiasa digunakan mereka.

Ini kerana menurutnya jika seseorang itu tidak pernah membuat kesalahan seperti yang dikatakan sindiket penipuan ini mereka tidak perlu rasa risau dan bimbang kecuali jika mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti yang salah di sisi undang-undang.

“Kebanyakan orang yang buat macam ini bila kita cakap bekukan akaun yang pertama sekali akaun dia memang ada duit haram, pernah terima duit haram juga dan belum tentu duit bersih, sebab itu dia orang takut.

“Kalau orang yang confirm duit dia bersih walaupun duit dia banyak dia tak akan takut benda ni. Aku dah jumpa macam-macam orang dalam aku buat kerja macam ini,” jelas penipu itu.

Perkongsian nasihat daripada scammer berkenaan mula tular sejak semalam selepas ia dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Husin di Facebook pada semalam.

Mahu ianya menjadi peringatan dan pada masa memberikan kesedaran serta manfaat kepada orang ramai tentang sindiket penipuan berkenaan, ia telah dikonsikan lebih 8,000 kali di Facebook dan turut dikongsikan kembali di platform media sosial lain seperti Twitter.

Anda boleh mendengar perbualan penuh yang dirakam bersama scammer berkenaan melalui perkongsian di bawah.

Baca juga perkongsian kami mengenai seorang lagi penipu yang menyamar sebagai anggota kastam ini yang berani mati cuba memperdaya anggota polis melalui pautan di bawah.

Menyamar Jadi Pegawai Kastam, Pegawai Polis Ini Layan Sampai ‘Scammer’ Putus Asa Buat Netizen Terhibur

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Kena Tempias Isu ‘Cuci Duit’, Sharnaaz Ahmad Tegur Netizen Yang Seru Boikot Perniagaan Bubble Bee

Sumber