Di Indonesia pasti ada saja prank yang tidak memberikan sebarang manfaatkan, bahkan boleh menyebabkan kemalangan maut. Pada bulan lalu, tular satu rakaman cctv di mana seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan setelah melanggar sebuah meja yang ada di tengah-tengah jalan.

Setelah seminggu diburu oleh polis, akhirnya dua orang pelaku yang terakam pada rakaman cctv berhampiran di tempat kejadian telah berjaya ditahan baru-baru ini.

Memetik laporan Antivklik.com, pelaku tersebut telah ditahan pada Khamis malam (27/5/2021) dan didapati mereka berdua masih di bawah umur serta masih berstatus pelajar.

Selain menahan dua pelaku tersebut, polis juga menemui bukti berupa motosikal dan pakaian yang dipakai oleh pelaku pada waktu kejadian. Meja patah akibat dilanggar oleh penunggang motosikal juga turut dijadikan sebagai bahan bukti.

vocket-pelaku-prank-ditahan-polis-2
Sumber Gambar: antvklik.com

vocket-pelaku-prank-ditahan-polis-3

Setelah ditahan polis, kedua-dua suspek mengakui mereka sekadar mahu prank rakan lain yang berada di belakang. Namun mereka tidak menjangkakan perbuatan tersebut telah menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Pada pertengahan bulan Mei lalu, satu rakaman cctv tular jelas kelihatan dua pemuda telah meletakkan sebuah meja kayu di tengah-tengah jalan sebelum seorang penunggang motosikal lain melanggar meja tersebut lalu jatuh terseret sejauh 10 meter.

Walau bagaimanapun penunggang motosikal terbabit yang mengalami kecederaan mampu untuk bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Baca lagi artikel-artikel yang kami kongsikan berkaitan prank yang pernah menjadi tumpuan di Indonesia.

‘Prank’ Kotak Sumbangan Sahur Berisi Sampah, YouTuber Indonesia Akhirnya Dicekup

Gara-Gara Mahu Hasilkan Video, Remaja Maut Selepas Menahan Lori Secara Mengejut

‘Prank’ Pelitup Muka Palsu Cetus Kontroversi, YouTuber Ini Bakal Ditendang Keluar Bali