Selain kucing, anjing juga turut dikenali sebagai salah satu haiwan kegemaran yang sering dipelihara kerana ragamnya yang comel dan turut dikenali sebagai haiwan yang setia.

Namun tidak semua dapat menerima anjing sebagai salah satu binatang peliharaan, tambahan pula jika anda tinggal di Malaysia yang majoritinya adalah penduduk Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Itulah yang terjadi kepada seorang selebriti dan juga ahli dalam stand-up komedi, Harith Iskander yang telah bertindak menjaga seekor anjing yang kehilangan dua kaki yang diambil dari rumah perlindungan.

Dalam satu hantaran terbaharunya di laman Instagram, Harith menceritakan bagaimana dia dan isterinya menjaga seekor anjing bernama Marvela yang sebelum ini diselamatkan oleh Nurul Ain.

Setelah melalui beberapa siri perbicangan dengan isterinya, Dr Jezamine Lim Iskander. Mereka akhirnya bersetuju untuk mengambil anjing tersebut sebagai binatang peliharaan dan berjanji akan membawa Marvela berjumpa dengan penyelamatnya, Nurul Ain sebulan sekali.

“Jadi sekarang saya menjadi ayah yang bahagia kepada 3 anak, 2 kucing (buta satu mata) dan anjing yang mengagumkan,” katanya di laman Instagram.

Namun berita gembira ini nampaknya tidak boleh diterima oleh netizen apabila ada yang mempersoalkan tindakan Harith dan Jezamine memegang anjing tersebut.

Screenshot 2020-06-24 at 12.26.02 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.26.13 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.27.48 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.28.41 PM

Walaupun kebanyakan daripada mereka telah bertindak mengecam Harith kerana bagi mereka, dia ‘tidak’ memahami agama – walaupun kecaman tidak berasas dan dibuat secara melulu – tetapi ada juga netizen yang tampil mempertahankan Harith.

Ada yang memuji dan mempertahankan Harith dan Jezamine kerana berani untuk melawan stigma dan membantu binatang yang sedang dalam kesusahan.

Screenshot 2020-06-24 at 12.29.19 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.30.51 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.30.33 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.34.53 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.35.19 PM Screenshot 2020-06-24 at 12.36.07 PM

Manakala dalam satu hantaran terbaharu Nurul Ain di laman Instagramnya, dia menyatakan bahawa dia sebenarnya berat hati mahu melepaskan anjing pertama yang diselamatkan olehnya kepada Harith.

Tetapi dia tetap bersyukur kerana Harith dan keluarga sudi untuk berkongsi kasih sayang dengan anjing pertamanya ini. Dia juga diberi peluang untuk melawat Marvela bila-bila masa yang dia mahu.

“Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat. Alhamdullilah masih ada lagi yang menyayanginya .. sedangkan dalam islam kita diajar berbuat baik kepada haiwan,” katanya.

Nurul Ain turut menyatakan bahawa, “Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua-dua belah kaki depan dan pernah dibuli, dipukul oleh penjaga terdahulu.”

Diakhir hantaran, dia berharap agar ramai lagi orang akan turun untuk membantu dan menyelamatkan haiwan-haiwan yang tidak bernasib baik.

Dr Jezamine Lim sebelum ini telah menjadi inspirasi buat ramai orang apabila telah berjaya menamatkan PhD dalam kejuruteraan tisu dan sel stem. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kronologi Perjalanan PhD Dr Jezamine Lim Yang Anda Patut Tahu

Netflix Bakal Mula Menayangkan Rancangan Terbaru Harith Iskander ‘I Told You So’