Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan mencerminkan jati diri bangsa Malaysia. Tidak kira kaum di Malaysia seharusnya faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Baru-baru ini muncul isu dimana seorang lelaki Cina, Robert Jonathan telah membuat aduan dalam satu group di Facebook dan mendapat perhatian ramai terutama sekali dalam kalangan netizen kaum Cina.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Siapa kata cina Malaysia x Sayang Bahasa malaysia Kita…Syabas kepada netizen yg marah banggang tu…#WellDone#ProtectOurBahasaMalaysia#SohaiRacistKenakecamūü§£ūü§£ūü§£ūü§£ūü§£ūü§£ūü§£

Posted by Adam Chow on Thursday, 6 August 2020

Menerusi perkongsian Robert tersebut dalam group membuat aduan bahawa pelayan Starbucks kaum Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebaliknya hanya menggunakan bahasa Melayu ketika mengambil pesanan kawannya dari China. Tambahnya, kawan beliau menggunakan bahasa Inggeris untuk membuat pesanan kopi.

Berikutan perkongsian itu, rata-rata netizen terutama sekali kaum Cina menyelar aduan yang dilakukan oleh Robert. Para netizen berpendapat bahawa sebagai rakyat Malaysia sudah seharusnya Robert tahu untuk berbahasa Melayu dan boleh jadi penterjemah kepada kawannya itu.

Chinese Entitlement (Language) There was a rather funny post about a Chinese named Robert Johnathan being all pissy…

Posted by Mak Khuin Weng – „Éě„āĮ on Friday, 7 August 2020

Screenshot 2020-08-09 at 10.24.40 AM

Para netizen berpendapat bahawa Robert Jonathan sepatutnya berasa malu kerana tidak boleh menjadi tauladan rakyat Malaysia yang baik. Menerusi perkongsian tersebut, pastinya dapat membuka mata kita bahawa orang Cina Malaysia juga sayang akan bahasa Melayu dan tidak akan pandang sebelah mata apabila berlaku perkara seperti ini.

Apakah pandangan anda sebagai rakyat Malaysia berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dan isu yang dibangkitkan ini?

Tahukah anda kenapa masyarakat Semenanjung Malaysia wajar contohi nilai perpaduan di Sabah dan Sarawak? Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Masyarakat Semenanjung Wajar Contohi Nilai Perpaduan Di Sabah Dan Sarawak

Kisah Guru Ini Menyedarkan Kami Masih Ramai Rakyat Malaysia Yang Cintakan Kedamaian Dan Perpaduan

Iklan Kemerdekaan GM Klang Bawakan Mesej Perpaduan Dengan Gaya Yang ‘Fun’

Anda Mungkin Suka