Google Malaysia baru sahaja berkongsi tentang 10 carian tertinggi di Malaysia menerusi engin carian mereka pada bulan Mac lalu. Antara carian yang dibuat oleh warga tempatan termasuklah acara sukan, kejadian viral dan juga hiburan popular.

Carian tertinggi yang dibuat pada bulan Mac lalu adalah niat berpuasa sebulan. Ketibaan bulan Ramadan pada Mac 2023 menjadikan umat Islam di negara ini mahu melakukan persiapan yang rapi termasuklah membuat carian berkaitan amalan dan niat lafaznya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Google Malaysia

Memandangkan ramai yang meminati sukan bola sepak, frasa EUFA Euro 2024 juga menjadi carian ke-2 tertinggi yang mana pasukan Perancis yang diketuai oleh Kylian Mbappé telah berjaya memenangi perlawanan dengan Nertherland sekaligus melayakkan pasukannya ke acara EUFA Euro 2024.

Sementara kejadian viral yang menjadi carian di Google adalah Kedai Kopi Seng Thor. Kedai kopi terkemuka di Pulau Pinang itu menerima kecaman netizen selepas salah satu hantaran di akaun media sosialnya memalukan seorang pelanggan hanya kerana tidak memesan minuman.

Selain itu, rancangan popular tempatan yang berjaya menduduki tangga ke-enam di dalam engin carian Google adalah Saat Hilang Cintamu. Telemovie ini menjadi fenomena di kalangan warga tempatan kerana jalan penceritaan yang menyayat hati dan didakwa berdasarkan cerita sebenar yang dialami oleh seseorang.

Lanjut di tangga ke-10 pula memperlihatkan carian berkenaan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan tunai ini bertujuan membantu komuniti B40 di mana ia menjadi trending susulan Kementerian Kewangan menggesa individu yang layak untuk mengemukakan pendaftaran baharu atau mengemas kini butiran sedia ada.

Sama-sama kita nantikan pula carian apakah yang bakal menjadi trending pada bulan April tahun ini.