Baru pelabur Bitcoin hendak bergembira dengan nilai Bitcoin yang kini sudah mencecah nilai lebih USD13,000, keluar pula berita laman melombong terkenal dan legit, NiceHash digodam Hackers yang telah mencuri Bitcoin bernilai lebih USD70 juta (RM285 juta) daripada akaun NiceHash.

Laman itu kini menghentikan operasi seketika selama 24 jam. CEO dan Co-Founder NiceHash, Marko Kobal dan Sasa Coh telah pun membuat permohonan maaf melalui live-streaming di laman Facebook dan menerangkan tindakan akan diambil untuk menyiasat kejadian ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nicehash
Kenyataan pihak NiceHash di laman web mereka ketika ini

Menurut Kobal, sejumlah 4,700 Bitcoin telah dicuri daripada dompet digital NiceHash, tempat untuk menyimpan mata wang kripto ini secara atas talian pada 6 Disember lalu. Bitcoin wallets, seperti mana sistem simpanan wang atas talian bank sering menjadi tumpuan hackers. Cuma malang menimpa buat NiceHash apabila sistem mereka mereka berjaya diakses oleh hackers.

Nilai Bitcoin dijangka naik lagi sepanjang Disember ini tetapi dengan kejadian ini, mungkin pelabur perlu lebih berhati-hati dengan tempat mereka melakukan pelaburan. High risks, high returns. Setuju?