Sejak banyak negara mula memasuki dasa endemik, orang ramai kembali semula melakukan aktiviti-aktiviti outdoor yang terpaksa ditinggalkan sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Baru-baru ini penyedia kelengkapan perkhemahan berpengkalan di Jepun, Nicetime Mountain Gallery (Nicetime) telah mengumumkan kolaborasi edisi khas bersama salah satu pengeluar jenama kereta terbesar negara itu, Toyota.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kolaborasi ini menampilkan khemah yang memuatkan sehingga empat orang, kerusi lipat yang ringan, meja dengan rekaan minimalis dan set enam buah kotak simpanan bagi memudahkan pengguna membawa pelbagai jenis peralatan semasa melakukan aktiviti-aktiviti luar.

Peralatan-peralatan tersebut diinspirasikan daripada ‘Toyota Hiace’ hitam matte untuk menjadikan aktiviti luar lebih menarik dan menyeronokkan.

Nicetime x The Free Spitrits TOYOTA Exclusive
Nicetime x The Free Spitrits TOYOTA Exclusive
Nicetime x ADIRONDACK TOYOTA Exclusive
Nicetime x ADIRONDACK TOYOTA Exclusive
Nicetime x DOOGOO TOYOTA Exclusive
Nicetime x DOOGOO TOYOTA Exclusive
Nicetime x TRUST TOYOTA Exclusive 6pcs
Nicetime x TRUST TOYOTA Exclusive 6pcs

Setiap produk mempunyai tempoh penghantaran yang berbeza. Bagi produk pra-tempahan seperti khemah ‘The Free Spirits’ berharga $1,904.77 (~RM8,017.18) dijangka tiba kepada pelanggan pada awal Mei sehingga awal Jun. Manakala kotak simpanan ‘Trust’ yang ditawarkan pada harga $342.86 (~RM1,443.10) bakal tiba pada akhir Julai sehingga akhir Ogos.

Untuk produk yang dibuat mengikut tempahan seperti kerusi lipat  ‘ADIRONDACK’ ditawarkan pada harga $74.29 (~RM312.69) manakala meja ‘DOOGOO’ hadir dengan harga $352.39 (~RM1,483.21). Barangan ini dijangka akan dihantar kepada para pelanggan pada lewat Mei atau lewat Jun.

Sumber Gambar: Facebook Nicetime Mountain

Dengan menonjolkan slogan ‘Drive Your Teenage Dreams’, ianya sebuah projek kempen yang dilancarkan oleh STARBASE Corporation Limited dan Toyota Motor Corporation bagi menarik minat generasi muda untuk menikmati pemanduan kereta dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar.

Barangan edisi khas dan terhad hasil kolaborasi ini sememangnya tidak boleh dilepaskan oleh setiap peminat aktiviti outdoor. Anda boleh dapatkan info lanjut dan mula membuat tempahan melalui pautan ini.

Pada hari minggu yang lalu, orang ramai mengerumuni pusat beli-belah Pavilion bagi mendapatkan jam edisi khas hasil kolaborasi Omega dan Swatch.

Pavilion KL ‘Diserang’, Orang Ramai Beratur Untuk Jam Tangan Edisi Khas Omega x Swatch

Jam Omega x Swatch Didakwa Tinggalkan Kesan Biru Pada Pergelangan Tangan lelaki Ini