Penantian hampir 20 tahun Nicholas Cage untuk membawa watak Superman akhirnya tercapai. Pelakon tersebut sepatutnya memegang watak Superman dalam filem ‘Superman Lives’ pada tahun 1998 di bawah arahan Tim Burton. Namun proses filem tersebut terpaksa dihentikan separuh jalan.

nicholas cage

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun ini beliau berpeluang untuk menyumbangkan suara untuk karakter Superman dalam filem animasi ‘Teen Titans: Go! The Movie’. Filem ini bakal ditayangkan pada 27 Julai nanti. Antara selebriti yang turut terlibat untuk menyumbangkan suara ialah Halsey sebagai Wonder Woman dan Lil Yatchy sebagai Green Lantern.

Menurut penerbit filem ini, Sam Register, pemilihan suara untuk setiap karakter memberi kesan tersendiri terhadap para penonton jadi mereka perlu teliti dalam pemilihan selebriti untuk rakaman suara.