Malaysian Digital Association (MDA) telah melantik ketua pegawai produk REV Media Group, Nicholas Sagau sebagai presidennya yang baharu manakala pengarah urusan PHD Malaysia, Eileen Ooi sebagai naib presiden dalam mesyuarat tahunan MDA yang ke-11 semalam.

“Saya sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk memimpin persatuan ini. Tahun ini merupakan tahun yang mencabar kepada kita semua tetapi kami akan berusaha keras untuk meluaskan kapasiti MDA sebagai satu platform untuk membantu penerbit digital tempatan, agensi digital serta agensi media mengharungi pandemik ini yang ternyata memberi impak kepada bisnes,” kata Nicholas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau juga berkata bahawa mereka berhasrat untuk mencapai kejayaan dengan bekerjasama sebagai satu ekosistem dan yang lebih penting lagi, mewakili agenda ketiga-tiga sektor digital ini kepada kerajaan.

Nicholas turut berkata industri media digital kini semakin meningkat dari tahun ke tahun. “Saya berharap untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak di masa akan datang untuk mencipta lebih peluang di samping mempelajari serta bekerjasama untuk memperbaiki industri ini,” tambah beliau.

Malaysian Digital Association (MDA) ditubuhkan pada tahun 2009 dan sebelum ini di bawah pimpinan Encik Serm Teck Choon. Sejumlah projek dan aktiviti yang berjaya diatur seperti “Digital Wednesday” yang diadakan setiap suku tahun yang terkenal di mana ia menawarkan peluang rangkaian untuk penerbit tempatan, agensi media.

Sebuah lagi projek MDA, “D Awards” pula meraikan dan menghargai karya inovatif terbaik dalam mengembangkan produk digital, merancang dan melaksanakan kempen pemasaran digital.

Ini pula artikel terkini berkaitan dunia teknologi. Baca lagi pada pautan di bawah.

realme Tersenarai Dalam Tiga Jenama Telefon Pintar Pilihan Pengguna Di Malaysia

Kajian Menunjukkan Malaysia Antara Negara Yang Mempunyai Pelan Netflix Termurah Di Dunia

Apple Dijangka Perkenalkan Lima Model Terbaru Sempena Siri iPhone 12