nick-kyrgios

Pemain tenis itu memberitahu Australian Associated Press (AAP) bahawa beliau terkejut membaca temu bual di mana ibunya Norlaila, wanita kelahiran Kuala Lumpur, bercakap tentang peluang Nick Kyrgios tipis untuk memenangi perlawanan menentang Rafael Nadal di Kejuaraan Wimbledon

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Malam tadi, saya telah membaca kenyataan yang dia fikir Rafa terlalu hebat untuk saya,” kata Kyrgios, selepas 7-6 (7-5) 5-7 7-6 (7-5) 6-3 kemenangannya pada Selasa lalu. “Ia membuatkan saya marah, “katanya dipetik sebagai berkata.

“Saya hanya percaya kepada diri saya sendiri bahawa saya boleh mencipta peluang,” katanya.

Ibu dan abangnya Christos, seorang peguam, berada di rumah di Canberra ketika perlawanan tersebut berlangsung manakala bapanya George dan adiknya Halimah, seorang pelakon, menyaksikan perlawanan tersebut di Wimbledon.

Ditanya apa yang dia akan katakan kepada ibunya selepas kemenangan itu, Kyrgios berkata: “Saya akan menghantar smiley J.”

Nick Kyrgios dari Australia berdarah Melayu meraikan kemenangannya ke atas Rafael Nadal pemain nombor 1 dunia dalam perlawanan pusingan keempat pada Kejuaraan Wimbledon di London, Britain, 01 Julai 2014.