Datuk Nicol David tersenarai antara 20 atlet terbaik dunia menurut akhbar dari Britain, The Telegraph. Senarai The Telegraph tersebut mengiktiraf pemain yang masih lagi aktif dalam setiap sukan yang mereka ceburi.

Nicol disenaraikan bersama dengan atlet-atlet ternama dunia yang lain antaranya Cristiano Ronaldo, Usain Bolt, LeBron James, Serena Williams, Michael Phelps dan Novak Djokovic. Akhbar Telegraph memilih Nicol kerana menurut mereka, tidak ramai atlet yang mampu menjadi seperti Nicol; berada di ranking pertama dunia selama 109 bulan berturut-turut. 9 tahun Nicol menjadi world number one!

Semuanya bermula pada Januari 2006, Nicol menjadi atlet wanita Asia pertama yang mendapat ranking No.1 dalam sukan squash. Pada tahun 2008, beliau membuat rekod tidak dikalahkan walau satu perlawanan dalam tahun tersebut. Ranking no.1 beliau cuma dirampas pada September 2015 kepada El Welily dari Egypt.

Nicol David sememangnya Ratu Squash negara. Jika sukan ini berada di Olimpik, semestinya Nicol David sudah membawa pulang pingat emas Olimpik yang pertama buat negara. Tahniah Nicole atas pengiktirafan ini!

Nicole