Nampaknya pingat emas yang dinanti-nantikan berjaya menjadi milik Malaysia melalui acara sukan squash wanita apabila Datuk Nicol Ann David berjaya muncul sebagai juara.

Kemenangan yang diperoleh Datuk Nicol Ann David diperoleh setelah beliau berjaya mengalahkan pemain yang turut daripada Malaysia iaitu S Sivasangari dengan keputusan 11-13, 11-9, 5-11, 11-6 dan 11-8 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, atlet Malaysia yang lain turut memperoleh pingat menerusi acara karate dan silat. Tahniah diucapkan buat para atlet yang bertungkus lumus dalam memperoleh pingat buat Malaysia. Semoga lebih banyak kejayaan berjaya diperoleh buat para kontinjen.