Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nicolas Cage, seorang pelakon dengan pengalaman yang besar dan pernah memainkan watak-watak hebat. Terbaharu, beliau akan muncul kembali di layar sebagai diri sendiri.

Beliau dilaporkan sedang melakukan perbincangan untuk memainkan watak dirinya sendiri yang menceritakan tentang dirinya sendiri dalam filem Quentin Tarantino yang baharu.

Filem dengan tajuk Unbearable Weight of Massive Talent, sedang menjalani rundingan akhir dan bakal diterbitkan oleh Lionsgate, menurut Hollywood Reporter.

Ia ditulis oleh Tom Gormican dan Kevin Etten yang pernah menerbitkan beberapa siri komedi Fox pada 2017.

Manakala Gormican akan mengambil tugas sebagai pengarah, beliau mempunyai pengalaman mengarah The Awkward Moment yang dibintangi oleh Zac Efron, Miles Teller dan Michael B. Jordan.

Sumber dari Indie Wire melaporkan bahawa Gormican menghantar skrip tersebut kepada Nicolas Cage dan memohon beliau untuk membintangi filem tersebut.

Indie Wire turut menyatakan bahawa filem ini bukanlah untuk mempersendakan Nicolas Cage tetapi lebih kepada untuk menghargai beliau sebagai pelakon yang berpengalaman.

Di dalam filem tersebut, Cage bakal menceritakan sisi lain dunia remaja beliau yang bersifat ego serta tertekan kerana tidak terkenal dan banyak membintangi filem dengan bajet yang rendah.

Dia juga bakal menggambarkan dirinya yang dibebani dengan hutang sehingga sanggup bertemu dengan ahli kartel dadah Mexico yang juga peminatnya.

Sisi lain beliau sebagai seorang bapa juga akan dipotretkan di dalam filem ini dengan segala kesusahan beliau menjaga serta cuba untuk membuat anak perempuannya gembira.

Setakat ini, tiada lagi laporan rasmi bintang lain yang bakal turut serta bekerjasama di dalam filem Nicolas Cage selain daripada Nicolas Cage sendiri.

Berikut adalah cerita lain mengenai filem yang anda perlu baca. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Filem Animasi Pendek ‘Batik Girl’ Terima Pelbagai Anugerah Antarabangsa

Tonton Filem Sambil Baring Di Aurum Theater Yang Baru Dilancarkan GSC

Tonton Trailer Rasmi The Cave, Filem Berdasarkan Tragedi Di Gua Tham Luang

Anda Mungkin Suka