Penginapan adalah satu perkara yang kita titik beratkan apabila ingin melancong selain pengangkutan. Pastinya anda juga pernah tidur dalam kereta kerana ingin berjimat.

Kini, Niconico Rentacar yang merupakan syarikat kereta sewa di Jepun perkenalkan khidmat menyewa kereta yang dilengkapi peralatan untuk membolehkan anda tidur dalam kereta dengan selesa. Model kereta yang digunakan adalah Daihatsu Wake dan ianya tidaklah memiliki ruang yang sangat besar tetapi ia merupakan kereta yang kecil dan padat di Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Niconico:vckt5

Inovasi yang membolehkan menukar kereta kepada bilik tidur adalah sesuatu yang baik kerana ia dapat menjimatkan duit ketika melancong. Bagi menukar kereta ini kepada bilik tidur adalah dengan melipat tempat duduk kereta dengan rata, kemudian meletakkan tilam yang direka khas. Malah, kereta ini juga dilengkapi dengan langsir.

Jika anda ingin menyewa kereta ini, harga bagi 2 hari 1 malam adalah 10,000 yen  (~RM381.97) dan penambahan sebanyak 7,000 yen (~RM267.38) untuk tambahan hari. Setakat hari ini hanya tersedia di dua tempat iaitu Hachioji Horinouchi di Tokyo dan New Chitose Airport di Hokkaido. Anda boleh membuat tempahan secara atas talian di sini.

Niconico:vckt2

Niconico:vckt4

Sumber