Nielsen Holdings mungkin bukan syarikat yang popular dikalangan orang ramai. Menawarkan perkhidmatan laporan bagi rating rancangan di televisyen serta menjalankan audit bagi syarikat media besar antara yang menjadi kepakaran buat syarikat ini.

Menerusi laporan terbaru, syarikat berusia 95 tahun ini nampaknya sedia untuk menjual syarikat mereka setelah berjaya menarik minat Blackstone Group. Difahamkan nilai yang dipersetujui diantara kedua-dua syarikat gergasi ini dianggarkan bernilai sekitar $10 bilion (RM41.3 bilion).

Nielsen-Holdings-2
Sumber: techstockobserver

Sekiranya pembelian Nielsen Holdings ini berjaya, Blackstone Group bakal memiliki syarikat ini buat kali kedua setelah berjaya memilikinya sebelum dibeli oleh Carlyle Group pad tahun 2006 dengan nilai $11 bilion.

Melihat kepada jumlah yang dipersetujui, pastinya proses rundingan diantara syarikat-syarikat ini bakal berlarutan dengan lebih panjang. Setakat ini, masih belum diumumkan apakah pembaharuan terbaru yang bakal dibawakan Nielsen Holdings dibawah pemilik yang baru.

Sumber