Jika anda rasa anda cukup berani, anda patut mencabar keberanian anda di Nights of Fright 6 yang dibawakan kepada anda oleh pihak Sunway Lagoon bersempena festival halloween.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Menariknya pada festival kali ini, terdapat 8 rumah hantu iaitu Wendigo- The Legend In The Mist, Phobia: Coulrophobia- The fear of Clowns, Slaughterhouse 13, Zombie Zoo, Scarytales Theather, Ghostbusters, Ghost Face- The Face To Make You Scream In UV3D dan Jampi- Enclave of Torture.

photo_2018-09-29_11-00-58

Night of Frights 6: Festival of Fear di Sunway Lagoon akan bermula pada 28 September sehingga 31 October 2018 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Tiket boleh didapati pada harga RM 69 seorang dan anda boleh menikmati kesemua permainan dan tarikan yang terdapat di seluruh Amusement Park. Nights of Fright 6 hanya terbuka untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas .

photo_2018-10-02_10-39-17

Kami berpeluang merasai sendiri pengalaman ini malam semalam di majlis pelancaran dan bagi kami, Night of Frights kali ini lebih seram dan menakutkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kepada anda yang ingin merasai sendiri pengalaman yang menakutkan ini, anda harus persiapkan mental anda sepenuhnya kerana ianya pasti akan menjadi satu pengalaman yang menghantui tidur malam anda.

Secara peribadi, kami syorkan wajib mencuba Slaughterhouse 13, Zombie Zoo dan Wendigo- The Legend In The Mist. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman yang akan memberikan anda keseronokkan ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group