Jika dilihat tanpa mengetahui perkara sebenar, iklan terbaru daripada Nike ini nampak biasa sahaja. Ia menunjukkan wajah duta terbesar Nike sewaktu kecil, Cristiano Ronaldo dengan perkataan ‘THIS BOY KNEW’.

https://www.instagram.com/p/BU5Ehrhgqq7/

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menarik tentang gambar Ronaldo ini adalah ketika gambar ini dirakam, Ronaldo sebenarnya memakai sweater dari jenama Adidas! Dari gambar asal, Nike crop gambar baju Ronaldo dan hanya memaparkan muka innocent Ronaldo ketika muda.

Gambar yang dimuat naik Nike itu kini mendapat 623 ribu likes dan turut dimuat naik di Instagram Ronaldo. Ianya satu pemasaran yang berkesan kerana kini semua orang bercakap tentang iklan ini. Tambahan lagi, tiada yang lebih baik untuk memuat naik gambar ini selepas Real Madrid menang piala Eropah hujung minggu lalu.

Nike sebenarnya sedang troll Adidas secara halus. Tagline iklan ini juga seperti mengata Adidas bahawa Ronaldo tahu jenama apa yang terbaik untuknya.

Ini mungkin kali kedua Adidas terlepas untuk menandatangai pemain dengan status bintang. Siapa yang pertama? Adidas terlepas untuk menandatangani Michael Jordan.

Pada tahun 1984, ketika masih di Universiti North Carolina, Michael Jordan pernah cuba untuk meminta sponsorship dari Adidas. Ketika itu, mereka sudah ada nama besar seperi Kareem Al-Jabaar sebagai duta mereka.

Jika Michael Jordan diambil oleh Adidas, maka tidak wujudlah koleksi kasut Air Jordan. Buat masa ini, Adidas masih cool tidak membuat ‘serangan balas’. Iklan ini mungkin akan makan diri kerana mereka terlupa bekas duta fesyen Nike, Kanye West kini bersama Adidas. Kita tunggu apa respond Adidas terhadap gambar ini. Let the game begin!