Model gabungan dua warna terkenal Air Jordan 1; Chicago dan Bred akan masuk ke pasaran Malaysia esok. Berita ini semestinya buat peminat setia Nike Air Jordan tidak senang duduk.

Model ‘Homage To Home’ ini khabarnya akan dijual dengan kuantiti terhad dan Hoops Station antara butik yang akan membawa masuk model edisi terhad ini.

Untuk mendapat raffle untuk peluang undian esok, anda perlu mengisi butiran anda di laman web rasmi Hoops Station. Selepas anda mengisi semua butiran, anda perlu membawa butiran tersebut dan memasukkan ke dalam kotak yang disediakan esok. Dan ya, anda perlu memakai kasut Jordan sewaktu undian.

Untuk cara lebih mudah? Pergi sahaja ke nike.com dan anda boleh buat pembelian sebaik sahaja timer pada page ini tamat. Tetapi peluang anda akan lebih tipis kerana anda berebut membuat pembelian dengan pembeli dari seluruh dunia serta bot.

aj1 SS

Model Homage To Home akan dijual pada harga RM629 sahaja. Apa pun semoga berjaya menambah model ini dalam koleksi kasut anda.