Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika sebelum ini, Nike telah mengeluarkan dua variasi warna Air Jordan 1 ‘Shoreline Backboard’, Jordan sekali lagi bersedia untuk mengeluarkan Air Jordan 1 versi ketiga sebagai tanda penghormatan kepada salah satu momen paling ikonik Michael Jordan.

Koleksi Air Jordan 1 Retro High OG versi ketiga ini sekali lagi merujuk kepada MJ yang menghancurkan papan belakang ketika bermain bola kerajang pada pameran Nike pada tahun 1985.

Pada kali ini, model ini mempunyai ciri klasik ‘court’ yang berkulit hitam licin yang diwarnai dengan lapisan oren. Penjenamaan bagi logo Swoosh direka pada bahagian tepi kasut dan tulisan logo “Nike Air” pada lidah kasut. Koleksi ini tampak menarik dengan rekaan midsole yang kelihatan vintaj pada bahagian atas serta digabungkan dengan outsole hitam yang kontra.

Koleksi Air Jordan 1 High OG ‘Shattered Backboard 3.0’ ini secara rasminya akan berada di pasaran peruncit jenama Jordan dan laman rasmi nike pada 26 Oktober ini dengan jualan harga jualan $160 (RM652.39).

https___hypebeast.com_image_2019_03_air-jordan-1-shattered-backboard-3-0-release-001

Anda Mungkin Suka