Sempena Air Max Day yang akan diraikan esok, Nike memperkenalkan model terbaharu bagi keluarga Air Max, Air Max 2090 yang menampilkan rekaan yang lebih futuristik tetapi tetap mengekalkan DNA model ikonik Air Max 90.

Air Max 2090 hadir dengan sistem cushioning yang lebih baik dan untuk model yang akan dilancarkan ini, ia turut hadir dengan corak ikonik atmos ‘Duck Camo’ terselindung di sebalik lapisan jaring pada bahagian hadapan.

air max 2

air max 4

air max 3

Buat collector setia Nike Air Max, anda boleh membelinya secara eksklusif menerusi laman atmos Kuala Lumpur di sini pada harga RM649. Kami jangka kasut ini hadir dalam kuantiti terhad. Jadi, anda perlu lekas bertindak atau ia akan sold out.

Nike sebenarnya melancarkan 7 model edisi khas sempena Nike Air Max Day ini. Untuk melihat koleksi penuh Air Max Day 2020, baca pada pautan di bawah.

7 Model Edisi Khas Akan Diperkenalkan Sempena Air Max Day 2020

Butik Kasut Terkemuka Jepun, atmos Bakal Buka Cawangan Di Malaysia

Abstrax Buka Tempahan Topeng Muka KN95 Edisi Khas