Sempena Hari Air Max Day yang bakal tiba tidak lama lagi, Nike bakal melancarkan warna baru “Medium Olive” untuk model Air Max 270. Melihat lebih dekat warna kasut baru ini, kasut ini sesuai dipadankan untuk mereka yang mencari kasut casual dan bersukan.

Dengan mengambil ciri-ciri model klasik terdahulu iaitu dari model Air Max 180 dan Air Max 93 seperti penyertaan warna hijau gelap, fabrik Mesh yang ringan, kanvas slip-on pada bahagian atas beserta dengan tulisan “Air” dan jenama Swoosh pastinya membuatkan si pemakainya tampil bergaya dan cool.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun Nike Air Max 270 ‘Medium Olive’ merupakan unit tunggal baru dari model Air, elemen yg menonjol daripada sneaker ini pastinya menjadi bahan rujukan pada model masa akan datang. Kasut ini bakal mula dijual di Nike Store dan anda boelh dapatkannya dengan harga sekitar $150 (RM586.27).

nike-air-max-270-medium-olive-on-foot-look-2

nike-air-max-270-medium-olive-on-foot-look-3

nike-air-max-270-medium-olive-on-foot-look-4