Akhirnya warna yang paling popular untuk rekaan warna Air Jordan 5 iaitu ungu bakal kembali ke model kasut Air Max 90.

Untuk rekaan kali ini, kasut Air Max 90 bakal dihiasi dengan warna putih, hitam, hijau serta ungu pada skema warna kasut ini. Mengulas mengenai rekaan pada model ini, model Air Max 90 ini didatangkan dengan material kulit dan fabrik mesh pada bahagian keseluruhan kasut ini. Kegunaan bahan material ini ia akan memberikan keselesaan pada pemakai. Nike juga turut mengekalkan Air Buble pada bahagian tapak kasut ini.

Setakat ini, pihak Nike masih belum memberi sebarang maklumat mengenai tarikh pengeluaran dan harga bagi model Nike Air Max 90 ‘Essential Grape’ ini. Walaubagaimanapun, ramai yang menjangkakan kasut ini bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

nike-air-max-grape-colorway-release-date-02

nike-air-max-grape-colorway-release-date-03

nike-air-max-grape-colorway-release-date-04