Antara koleksi Air Max yang paling ditunggu-tunggu ramai ialah edisi “Neon Seoul” yang bakal menemui peminat secara rasmi esok. Penggunaan jaluran warna biru dan merah merupakan identiti utama “Neon Seoul” yang melambangkan lampu-lampu kota.

Rekaan ini diinspirasikan daripada rekaan salah seorang pemenang Nike On Air Contest iaitu Gwang Shin. Idea keseluruhan untuk edisi ini ialah jaluran merah dan biru yang diselang-selikan dengan jaluran putih. Keseluruhan permukaan kasut pula menggunakan matte leather berwarna hitam.

nikeneonseoul

Warna yang menjadi pilihan juga diispirasikan daripada warna simbol ‘Taeguk’ atau lebih dikenali sebagai lambang pada bendera Korea Selatan. “Neon Seoul” akan dijual dengan harga $200 (RM825) sahaja.

Sumber