Setiap tahun, bulan Mac adalah bulan yang sibuk buat Nike. Peminat Nike di seluruh dunia akan menyambut ‘Air Max Day’ pada setiap 26 Mac di mana akan ada kasut Air Max khas yang akan dilancarkan pada tarikh ini.

Sebagai ‘pemanas badan’ sebelum Air Max Day, Nike melancarkan model Air VaporMax 97 ‘Japan’ yang menggabungkan badan Air Max 97 dengan teknologi tapak terbaru daripada Nike, VaporMax. Gabungan lama dan baharu ini nyata buat peminat Nike tidak senang duduk.

JD Sports Malaysia mengesahkan mereka akan menjual model ini di cawangan Jd Sports Pavilion hari ini. Ianya dijual pada harga RM849 sepasang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang yang memiliki kasut ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group