Sejak Eliud Kipchoge berjaya memecah rekod maraton dunia dengan catatan masa 1:59:40, kasut lari keluaran Nike semakin menjadi kegilaan orang ramai khususnya mereka yang aktif dalam sukan maraton.

Pada kali ini, Nike seolah belum cukup puas dengan rekod yang diperoleh sekaligus memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Nike Air Zoom Alphafly NEXT%. Hadir dengan gabungan warna hitam dan hijau ini, model ini dikatakan bakal menjadi kasut terpantas pernah dihasilkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, selepas kejayaan Eliud, model terbaru ini dikatakan bakal menjadi kegilaan dan disarung oleh para atlet menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo walau bagaimanapun terpaksa ditangguhkan berikutan kehadiran wabak COVID-19.

Dalam pada itu, usaha Nike untuk mengeluarkan model ini diteruskan dimana Eliud Kipchoge telah dipilih sebagai duta sekaligus menjadi kasut lari terbaru. Menariknya mengenai Nike Air Zoom Alphafly NEXT%, model ini sesuai digunakan buat para atlet dan juga mereka yang masih amatur dalam sukan maraton.

https___hypebeast.com_image_2020_05_nike-air-zoom-alphafly-next-percent-official-release-date-info-june-2-1
Sumber: Nike
https___hypebeast.com_image_2020_05_nike-air-zoom-alphafly-next-percent-official-release-date-info-june-2-2
Sumber: Nike

https___hypebeast.com_image_2020_05_nike-air-zoom-alphafly-next-percent-official-release-date-info-june-2-3

https___hypebeast.com_image_2020_05_nike-air-zoom-alphafly-next-percent-official-release-date-info-june-2-4
Sumber: Nike

Dari segi material, model ini menggunakan material Atomknit pada bahagian atas dalam menjanjikan model kasut yang ringan dan selesa untuk dipakai. Penawaran teknologi ZoomX serta penggunaan Flyplate karbon fiber serta kepingan Zoom Air Pada bahagian tengah kasut memboleh para pelari melangkah dengan lebih baik dalam jarak yang panjang.

Nike Air Zoom Alphafly NEXT% bakal dilancarkan pada awal Jun ini dan sedia untuk dijual pada awal Julai ini dengan harga sekitar $250 (RM1,086.88). Sebuah kasut yang pantas dan penuh dengan gaya buat para mereka yang mahu serius dalam sukan maraton.

Selepas Eliud Kipchoge berjaya menghasilkan rekod terpantas dalam sukan maraton, kasut Nike ini telah disiasat. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Kerana ‘Terlalu Pantas’ Kasut Nike Ini Mungkin Diharamkan Di Olimpik

Nike Vaporfly Sah Tidak Diharamkan Untuk Kegunaan Maraton

Nike Akan Hasilkan Pelindung Muka Khas Untuk Tangani COVID-19 Di Amerika Syarikat