Mengikut jejak langkah syarikat gergasi seperti LVMH, Saint Laurent dan Balenciaga, Nike turut mengumumkan bakal menghasilkan personal Protective Equipment (PPE) serta face shield untuk hospital di Amerika Syarikat.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh CEO Nike, John Donahoe. Buat permulaan, Nike dengan bantuan Oregon Health & Science University (OHSU) akan membantu hospital yang berada di sekitar Oregon terlebih dahulu.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Bagi Nike, Syarikat besar seperti mereka mempunyai tanggungjawab untuk turut serta membantu dalam menghadapi pandemik ini. Justeru itu, OHSU dan Nike akan bekerjasama untuk menghasilkan prototype face shield yang terbaik untuk digunakan oleh petugas kesihatan.

Dalam pada masa yang sama, jenama New Balance akan menukarkan sementara operasi kilang pembuatan kasut mereka di Amerika Syarikat kepada kilang untuk mengasilkan topeng muka untuk rakyat Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat ketika ini telah menjadi negara dengan kes COVID-19 tertinggi di dunia mengatasi China, mencecah 100,000 kes setakat hari Jumaat semalam.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata sebagai langkah persediaan berkata Amerika Syarikat akan menghasilkan 100,000 unit ventilator dalam masa 100 hari untuk digunakan oleh pesakit COVID-19 di serata Amerika Syarikat.

Dalam pada masa yang sama, kes COVID-19 di Indonesia dilaporkan akan meningkat kepada 700,000 kes menjelang bulan hadapan. Baca lagi pada pautan di bawah.

Peningkatan Kes COVID-19, Jepun Gantung Kemudahan Visa Untuk 11 Negara Mulai Hari Ini

Kes COVID-19 Di Indonesia Dijangka Cecah Sehingga 700,000 Pada Bulan Hadapan

Syarikat Induk Louis Vuitton Kini Buat Sanitizer Percuma Di Kilang ‘Perfume’ Mereka

Anda Mungkin Suka