Nike nampaknya akan memfokuskan pada kasut yang akan dijual dengan harga yang sederhana menjelang tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Parker berkata Nike sebelum ini telah menewaskan jangkaan untuk suku kedua, termasuk jualan yang meningkat sebanyak 10% daripada pertumbuhan digital.

Syarikat itu melihat peluang yang lebih besar dalam apa yang dipanggil Parker sebagai “teras” kategori kasut, untuk mengembangkan angka tersebut lebih banyak pada tahun 2019. Parker juga berkata untuk memperluaskan platform merentasi kategori, Nike bakal menjual model dengan harga lebih murah yang mampu menarik orang ramai untuk membelinya.

https://www.instagram.com/p/BfgOPGdAbbF/

Parker tidak menyatakan secara khusus berapa harga tetap untuk model baru. Kebanyakan kasut terbaru Nike dijual atas $100 (~RM481) untuk model Air Max dan Epic React yang dipanggil Parker sebagai ‘barang panas’ untuk jenama berkenaan sekarang ini.

Inisiatif baru ini akan menjadikan gabungan penjualan kasut versi yang lebih murah kepada pelanggan baharu tetapi tidak melupakan golongan sememangnya sedia membeli apa-apa sahaja model daripada Nike. Mungkin akan ada lebih banyak pilihan model baharu muncul tahun 2019 nanti?

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.