Sempena Air Max Day yang akan berlangsung tak lama sahaja lagi Nike telah membuat kejutan dengan megeluarkan semula model kasut Air Max 1 “Anniversary”.

Dikatakan sambutan hangat model retro semasa sambutan Air Max Day pada tahun lepas lalu antara yang membuatkan Nike berminat untuk mengeluarkan model ini semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut ini dihasilkan dengan rupa yang klasik dan disertakan dengan fabrik suede dan mesh. Warna ‘University Red’, kelabu dan putih masih lagi menjadi pilihan Nike pada kali ini. Di samping itu, model yang bakal keluar ini akan didatangkan khas bersama RetroNike hangtag serta kotak yang berbeza dengan sebelum ini dengan elemen vintage.

Kasut ini bakal mula dijual dengan harga $140(RM546.42) dan anda boleh mendapataknnya di butik Nike yang terpilih.

nike-air-max-1-anniversary-re-release-1

nike-air-max-1-anniversary-re-release-2