Nike kembali dengan warna hitam baru yang lebih segar dan kemas. Air Force 1 ‘07 LV8 3 telah kembali dengan gaya baharu dengan ‘Hitam/Anthracite’.

Ia merangkumi pelbagai rasa pada pandangan pertama dengan triple-black colorway yang anggun dan garang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https—hypebeast.com-image-2019-12-nikes-air-force-1-07-lv8-3-black-anthracite-BQ4329-002-release-2

Bahagian lidah telah dilekatkan dengan logo Nike, diikuti dengan tali dan lubang-lubang kecil menutupi bahagian depan.

Tulisan ‘Nike Air’ disulam di bahagian belakang dengan warna hitam, manakala kolar kaki dihasilkan daripada kaim empuk jenis mesh yang mempunyai lubang-lubang kecil.

https—hypebeast.com-image-2019-12-nikes-air-force-1-07-lv8-3-black-anthracite-BQ4329-002-release-3

Kasut ini datang dengan kain jenis suede – selalu digunakan untuk jaket, kasut atau t-shirt. Ditambah dengan logo besar Nike yang menjadi ikonik di bahagian sisi kasut dengan jahitan yang nipis dan kemas.

Nike Air Force 1 ’07 LV8 3 “Black / Anthracite” kini boleh didapati di laman web Sneaker District dengan harga RM500.

Nike sebelum ini mengeluarkan kasut edisi khas buat para doktor dan jururawat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nike Keluarkan Kasut Yang Direka Khas Buat Doktor Dan Jururawat

Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike

Nike Perkenalkan Koleksi ‘Spongebob Squarepants’ Sempena Ulang Tahun Ke-20