Skateboarding atau papan selaju bakal membuat debut sulung pada Sukan Olimpik Tokyo tahun ini dan disebabkan itu Nike tidak mahu ketinggalan apabila mengeluarkan jersi edisi khas buat pasukan Amerika Syarikat, Brazil dan Perancis.

Dibuat dengan teliti dan terhasil daripada fabrik yang berkualiti, produk ini menawarkan beberapa atlet sukan papan selaju dunia seperti Nyjah Huston dan Sean Malto peluang untuk bergaya.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

collage1

Nike dengan kerjasama artis antarbangsa, Piet Parra telah menghasilkan jersi buat tiga pasukan kebangsaan ini. Dibuat daripada barangan kitar semula, ia hadir lengkah dengan landskap warna-warni yang menghiasi setiap bahagian baju.

collage2

Baju Amerika Syarikat contohnya diilhamkan oleh gaya pemain bola keranjang dengan reka bentuk helang disebelah kiri bawah. Brazil pula diilhamkan dengan bola sepak, manakala Perancis pula mengambil sukan tenis sebagai ilham.

collage10000

Bagi Amerika Syarikat dan Brazil, kedua-duanya mempunyai kod negara pada lengan kiri, sementara Perancis pula diletakkan bendera.

collage

Turut hadir sama adalah kasut dengan model SB Bruin: Bruin ZoomX dan Bruin React yang telah dinaiktaraf. Hadir dengan tiga warna berbeza kelabu, hitam dan biru gelap dilengkapkan sekali dengan sarung kaki yang mempunyai reka bentuk sama dengan baju.

Nike masih belum memberitahu umum tarikh rasmi pengeluaran produk ini. Dilaporkan bahawa produk ini akan mula dijual pada musim panas akan datang. Boleh terus ke laman web Nike untuk membeli.

Baca lanjut mengenai sukan skate dengan mengetik link di bawah.

Kekurangan Fizikal Bukan Penghalang Buat Lelaki Ini Meneruskan Minat Bermain ‘Skateboard’

Legenda Sukan ‘Skateboarding’ Tony Hawk Turut Beri Sokongan Kepada Adik Fatin

Pengasas SkateMalaysia Beri Penjelasan Bagaimana Adik Fatin Terpilih Untuk Ke Sukan Asia 2018

Anda Mungkin Suka