Sebelum ini Nike telah menghadiahkan peminat dengan edisi Cortez Premium berwarna hitam dan putih yang dihiasi dengan logo swoosh yang lebih banyak daripada biasa. Bulan hadapan, edisi tersebut bakal mengeluarkan satu lagi edisi yang sama tetapi berwarna merah.

nike cotez3

Cortez Premium berwarna merah ini dikenali sebagai “Red Orbits” diperbuat daripada kulit premium yang akan menjamin keselesaan disamping memastikan gaya buat pemilik kasut tersebut. Sama seperti warna sebelumnya, “Red Orbits” akan dihiasi logo Swoosh dengan lebih banyak di bahagian tumit dan tapak selain daripada permukaan kasut tersebut.

nike cortez2

nike cortez insole

“Red Orbit” dan “Black-White” boleh didapati di stor pengedar Nike terpilih seluruh dunia bermula bulan hadapan dengan harga USD100 (±RM420). Tag rakan anda untuk menjadi antara yang pertama untuk memiliki edisi ini.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →