Jika tahun lalu logo Swoosh besar menjadi fenomena, nampaknya Nike tidak melupakan peminat minimalis apabila menghasilkan model Cortez premium tanpa logo ikonik Nike di bahagian sisi.

Model ini tampil dengan dua pilihan warna; hitam dan putih yang diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi. Model warna hitam mengekalkan tona warna hitam dan putih manakala model berwarna putih mengekalkan warna asal Nike Cortez cuma bezanya, tanpa Swoosh di bahagian sisi luar kasut. Logo Swoosh tetap ada cuma di bahagian sisi dalam kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model ini sudah mula dijual di laman Nike USA dengan harga USD100 (~RM411). Sedikit lama lagi pastinya ianya akan dijual menerusi laman Nike Malaysia. Buat peminat gaya minimalis dan Nike, kasut ini untuk anda.

Cortez 1

Cortez 2

Cortez 3

Cortez 4

cortez 5

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber