Walaupun kini sudah di bawah Uniqlo, nampaknya masih ada perkara yang masih belum selesai antara Roger Federer dan Nike.

Nike dan Roger Federer ketika ini sedang menyelesaikan isu trademark untuk logo ikonik yang sekian lama digunakan oleh Roger Federer. Disebabkan Federer kini bersama Unilqo, hak penggunaan logo ‘RF’ pula adalah milik Nike. Jadi buat masa ini, logo signature Federer ini tidak dapat digunakan untuk produknya di Uniqlo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Federer
Logo ‘RF’ yang sudah sangat sinonim dengan Federer

Bercakap ketika di Wimbledon, Federer mahu menyesaikan isu ini secara baik kerana logo itu sangat penting pada dirinya. “Logo ini sangat bermakna kepada saya dan juga peminat. Ianya tanda saya dalam sukan ini. Ianya milik saya. Buat masa ini ianya milik Nike tetapi tidak selama-lamanya,” kata Federer.

Federer juga terbuka untuk sebarang cadangan atau tawaran daripada Nike. Walaupun tidak lagi memakai pakaian Nike, beliau masih memakai kasut jenama Nike untuk semua pertandingan selepas ini. Harapnya hubungan baik Nike dan Federer selama 20 tahun sebelum ini, kes ini dapat diselesaikan dengan baik.