Ianya tahun yang hebat untuk Cristiano Ronaldo. Tiada yang lebih hebat apabila anda berjaya membawa pasukan anda ke peringkat final dalam UEFA Champions League untuk Real Madrid dan UEFA Euro 2016 bersama Portugal. Tahniah buat Ronaldo yang baru diumumkan pemenang Ballon d’Or buat kali ke-4 sepanjang kariernya semalam.

Sebagai menghargai pencapaian hebat Ronaldo, penaja terbesar beliau, Nike akan mengeluarkan but bola edisi khas Cristiano Ronaldo ‘Vitórias’ (Victory dalam bahasa Sepanyol) untuk model Mercurial Superfly. Ianya akan dihasilkan menggunakan material Flyknit dengan warna Pure Platinum dan warna tapak yang keemasan; bersempena warna trofi yang dimenangi Ronaldo.

Hanya 777 (nombor yang sangat sinonim dengan Ronaldo) pasang akan dihasilkan dan akan berada di pasaran awal tahun hadapan. Anda boleh dapatkannya jika mahu kelihatan kacak dan bergaya seperti Ronaldo di atas padang. Tahniah Ronaldo atas pencapaian anda untuk tahun 2016. Siiiiii!

Sumber