Nike nampaknya menghasilkan satu kasut khas untuk anda die-hard fan konsol permainan terkemuka dunia, PlayStation. Menerusi model Nike PG2, dapat dilihat logo ‘PS’ terpampang di bahagian lidah kasut ini.

Model Nike PG2 ini adalah model kasut terbaru untuk pemain bola keranjang Paul George. Paul merupakan peminat setia konsol PlayStation dan Paul mahukan model terbaru beliau mengambil inspirasi daripada konsol PlayStation ini sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nike PG2 ‘PS2’ ini hadir dengan tapak Zoom Air untuk keselesaan memakai kasut ini ketika berada di dalam gelanggang. Bukan itu sahaja, perincian yang diambil dari PlayStation turut dapat dilihat pada kasut ini termasuklah gambar button controller, corak pada bahagian tapak dan dalam kasut ini.

Nike PG2 ini akan berada di pasaran bermula 10 Februari depan. Buat peminat setia konsol PlayStation, ini kasut anda. Kalau anda tak nak pakai sekali pun, memang cantik untuk dibuat display.

nike pg 2

nike pg2 1