Desas-desus berita Air Jordan 12 “Taxi” benar dan kini gambar rasmi kasut retro ini telah muncul. Melihat dalam gambar tertiris, Nike masih mengekalkan warna pada 2013 iaitu warna putih, hitam, dan varsity red. Kulit putih meliputi seluruh bahagian atas kasut ini manakala warna hitam pula dibahagian tepi, lining dan belakang tumit kasut.

Model ini dipanggil ‘Taxi’ kerana kombinasi warna kuning dan hitam pada bahagian tapak kasut. Kasut ini diserikan lagi dengan logo ‘Jumpman’ merah di bahagian belakang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Air Jordan 12 ‘Taxi’ akan mula dijual di butik Jordan dan termasuk di laman atas talian Nike.com pada 18 Mac ini. Harga bermula dari $190 (RM 742.61).

Jordan 12 Taxi

Air-Jordan-12-Taxi-1

Air-Jordan-12-Taxi-2

Air-Jordan-12-Taxi-3

Air-Jordan-12-Taxi-4