Ronaldinho baru-baru ini mengumumkan persaraan beliau dari sukan bola sepak. Sebagai menghargai jasa 20 tahun Ronaldinho dalam sukan ini, Nike menghasilkan dua model TiempoX khas bagi memperingati legenda Brazil ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model TiempoX Finale 10Rs akan hadir dengan warna ‘Porto Alegre’ dan ‘Paris’ sebagai rujukan untuk dua kelab yang pernah beliau wakili, Gremio FC dan Paris Saint-Germain. Terdapat juga tulisan pada lidah kasut ini dengan ayat ‘Saya bermain bola sepak dengan muzik di dalam minda’ dalam bahasa negara untuk setiap model.

Lukisan ‘shaka hand’ turut dicetak pada bahagian dalam kasut sebagai tribute kepada celebration Ronaldinho selepas menghasilkan gol. Kasut ini sudah boleh dibeli di laman Nike dan mungkin sudah berada di butik Nike terpilih seluruh dunia dengan harga pasaran USD95 (+-RM370). Selamat berehat, legenda.

ronaldinho2

ronaldinho3

ronaldinho4

ronaldinho5

https://www.youtube.com/watch?v=-JUyHL3v1QQ