Sempena ulang tahun ke-30 model popular Air Max 90 tahun hadapan, Nike melihat ia satu peluang yang terbaik untuk memperkenalkan model sandal atau selipar yang diinspirasikan daripada model Air Max 90 ini.

Air Max 90 Slide ini turut hadir dengan 3 pilihan warna ikonik model berkenaan iaitu Smoke Grey/Volt, Black/White dan White/Rose. Bagi peminat setia Nike, mereka sudah pasti sangat tahu keselesaan tapak Nike Air Max 90 ini ketika memakainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Air Max 90 3

Air Max 90 2

Air Max 90 4

Dengan rakyat Malaysia lebih menjadikan sandal atau selipar sebagai alas kaki harian, ini adalah model terbaik untuk digunakan untuk aktiviti harian. Model Nike Air Max 90 Slide ini sudah pun boleh dibeli menerusi laman rasmi Nike Malaysia pada harga RM289.

Anda boleh jangkakan lebih banyak produk bertemakan Air Max 90 tahun hadapan dan sandal ini adalah sebagai pengenalan sebelum koleksi lain diperlihatkan oleh Nike. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki sandal yang selesa ini.

Ini pula beberapa selipar daripada jenama lain yang turut mendapat perhatian sebelum ini.

Selipar YEEZY Akan Mula Dijual 6 Disember Ini Dengan Harga RM240

Off-White™ Jual ‘Selipar Tandas’ Dengan Harga RM800