Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan berita pemergian legenda NBA, Kobe Bryant yang maut dalam nahas helikopter bersama anak perempuannya.

Sejurus selepas kematian Kobe Bryant, pihak Nike nampaknya tidak menunggu lama untuk menghentikan penjualan segala produk mereka melibatkan Kobe Bryant dimana ikon ini merupakan salah seorang duta bola keranjang bagi syarikat Nike sejak dari tahun 2013.

kobe-bryant-sneakers-legacy-feature-01
Sumber: High Snobiety

Difahamkan sekatan jualan ini cuma dibuat pada laman dalam talian Nike bagi menghalang aktiviti melibatkan reseller yang mahu mengaut keuntungan berganda diatas pemergian Kobe Bryant.

Untuk pengetahuan, penangan kasut bola keranjang Nike hasil kolaborasi bersama Kobe Bryant sudah berjaya disarungkan lebih 100 pemain NBA iaitu sekitar suku daripada jumlah pemain dalam liga.

Kami kongsikan kepada anda laporan lanjut mengenai berita pemergian Kobe Bryant bersama anak perempuannya.

Kobe Bryant Maut Dalam Nahas Helikopter Bersama Anak Perempuannya

Kerana ‘Terlalu Pantas’ Kasut Nike Ini Mungkin Diharamkan Di Olimpik

Sumber