Para doktor dan jururawat semestinya menghabiskan masa yang lama berada di hospital, semua atas niat murni untuk membantu seorang penyakit.

Mereka menghabiskan masa sehingga lewat malam atau jika diperlukan saat kecemasan, hospital sudah menjadi rumah kedua buat mereka.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

NikeNews_DoernbecherFreestyle2019_AirZoomPulse_Ethan_Freestyle_XVI_13305_rectangle_1600

Secara purata, para doktor dan jururawat berjalan di sekitar hospital adalah 4 hingga 5 batu dalam masa 12 jam. Jauh lebih tinggi daripada purata pemain bola keranjang yang berjalan 2.5 batu dalam satu perlawanan.

Atas dasar tanggungjawab, Nike telah mengeluarkan satu kasut baharu yang mengutamakan para doktor dan jururawat.

NikeNews_DoernbecherFreestyle2019_AirZoomPulse_Bransen_XVI_13308_rectangle_1600

Model Nike Air Zoom Pulse dihasilkan selepas jenama sukan terbesar dunia membuat kaji selidik bersama para profesional di OHSU Doernbecher Children’s Hospital di Portland, Oregon bagi mengenal pasti keperluan para doktor dan jururawat.

Rekaan ini khusus untuk mereka yang terpaksa bekerja dalam masa yang panjang dan mampu untuk menyokong apa saja pergerakan sewaktu kecemasan.

nike-air-zoom-pulse-shoes-for-doctors-nurses-3-5df0af6d8fa56__700

Oleh sebab itu, Nike Air Zoom Pulse menghasilkan tapak tumit yang sangat selamat, lembut dan terasa mesra dengan para pekerja hospital yang sentiasa perlu bersedia dalam apa jua keadaan.

Reka bentuk Nike Air Zoom Pulse datang dalam tujuh warna yang berbeza – enam daripadanya direka oleh pesakit dan dikeluarkan pada awal bulan Disember ini. Untuk info lebih lanjut, anda boleh lawati laman web Nike.com 

Semalam kami menulis tentang seorang anak Malaysia yang berjaya menjadi model Nike. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike

Nike ZoomX Vaporfly Disiasat Setelah Memecahkan Banyak Rekod Olahraga

Nike Perkenalkan Koleksi ‘Spongebob Squarepants’ Sempena Ulang Tahun Ke-20

Anda Mungkin Suka