Sebagai langkah untuk mengembangkan lagi imej Nike di serata dunia, Nike memperkenalkan butik khas Nike Kicks Lounge. Ianya sudah dibuka di Hong Kong dan Shanghai dan untuk lokasi terbarunya, Nike memilih Tokyo untuk lokasi terbaru Nike Kicks Lounge.

Terletak di Omotesando, Nike Kicks Lounge akan menggabungkan pilihan pakaian dan kasut di bawah bumbung Nike termasuk dari siri Jordan dan SB. Tidak seperti butik Nike biasa, anda akan dapat membeli rekaan khas yang cuma boleh didapati di Nike Kicks Lounge.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nike2

nike3

Lebih menarik, pelanggan yang datang di sini akan mendapat layanan khas seperti anda boleh membuat tshirt custom printing jika anda mahu rekaan yang tersendiri dengan lebih 30 rekaan yang boleh dipilih.

Seperti biasa, bagi kaki tegar Nike, kalau anda akan berkunjung ke Omotesando jangan lupa untuk singgah ke sini. Cetak sendiri satu baju di sana dan pakai di Malaysia nanti.

nike6

nike7

nike8

nike1