Nike bakal melancarkan warna baharu untuk model Air Jordan 1 pada 11 April ini. Pemilihan warna untuk model terbaru Air Jordan 1 ‘Black/Crimson Tint’ ini juga agak menarik apabila Nike menggabungkan warna pink dan hitam disamping penggunaan kulit ‘pebbled’ yang akan memberikan tekstur menarik apabila ianya dipakai.

Pemilihan warna pink memberikan kontras menarik kepada kasut ini yang mewarnai bahagian belakang, panel hadapan dan pada logo Swoosh. Warna pink turut dapat dilihat di bahagian pelapik dalam model ini.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

AJ Blackpink 3

AJ Blackpink

Model Air Jordan 1 ‘Black/Crimson Tint’ ini akan dilancarkan terlebih dahulu di SNKRS dan akan dijual dengan harga USD160 (~RM654). Dengan populariti kumpulan K-Pop Korea Selatan Blackpink, kasut ini pastinya menjadi rebutan collector Jordan dan juga peminat setia Blackpink.

Anda Mungkin Suka