Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nike memperlihatkan 6 rekaan akhir daripada koleksi Nike: On Air yang mewakili 6 bandar tempat asal usul pereka yang berjaya ke peringkat akhir; New York, Seoul, Tokyo, London, Paris dan Shanghai.

Bulan Mei tahun lalu, 18 finalis telah disenarai pendek kepada 6 pemenang (Seorang dari setiap bandar) yang kemudiannya dijemput untuk bekerjasama dengan pereka di Nike untuk menghasilkan kasut yang telah direka.

On AIr 1

Nike Air Max 98 “La Mezcla”, oleh Gabrielle Serrano

On Air 2

Nike Air Max 97 “Neon Seoul” oleh Gwang Shin

On Air 3

Nike Air Max 97 “London Summer of Love” oleh Jasmine Lasode

On Air 4

Nike Air Max 1 “Tokyo Maze” oleh Yuta Takuman

On Air 5

Nike Air VaporMax Plus “Paris Works in Progress” oleh Lou Matheron

On Air 6

Nike Air Max 97 SH “Kaleidoscope” oleh Cash Ru

Setiap rekaan kasut mempunyai ceritanya yang tersendiri daripada sudut pandang perekanya. Contohnya Air Max 98 “La Mazcla” rekaan Gabrielle Serrano menceritanya kepelbagaian kaum yang tinggal di New York dan Air Max 97 “London Summer of Love” oleh Jasmine Lasode menceritakan warna cantik ketika musim panas di London sebagai tema warna kasutnya. Untuk kisah rekaan kasut lain anda boleh membacanya di sini.

Koleksi Nike: On Air ini akan berada di pasaran pada bulan April depan. Untuk membaca kisah lanjut berkenaan koleksi On Air ini, anda boleh membacanya di sini.

Anda Mungkin Suka