Jika anda pernah tonton filem Back To The Future 2 mesti anda akan mengenali rekaan kasut Nike MAG yang boleh ikat tali kasut secara automatik. Walaupun kasut ini telah dibida dengan harga USD200,000 (RM 805,000+-) pada November pada tahun lepas, kali ini pasangan kasut lagenda ini pula sedang dijual.

Kasut ini merupakan kasut asli yang dipakai Michael J. Fox semasa membawa watak Marty Mcfly pada ketika ini dibida dengan harga $ 17 300 (RM 69,502.+-) dilaman web eBay. Kasut ini diperbuat daripada rekaan sole foam berwarna biru dan lampu LED di bahagian strap tulisan Nike. Namun kasut ini telah mengalami kerosakan yang teruk pada bahagian tumit akibat pereputan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat masa sekarang kasut ini masih boleh dibida oleh peminat. Jika anda peminat tegar filem Back to The Future dan Nike, mungkin perlu membida untuk memiliki satu-satunya kasut yang pernah menjadi trend setter seketika dahulu di laman web ebay.

Masih ada masa 6 hari hari sebelum lelongan ini berakhir dan jika anda menang bidaan ini, anda perlu ke Amerika Syarikat untuk ambil sendiri kasut ini kerana keadaan kasut ini yang sudah reput tidak digalakkan untuk ianya dihantar secara pos. Dan ya, anda cuma akan dapat sebelah kasut sahaja (bahagian kiri). Cantik untuk diletakkan di almari kaca anda sebagai hiasan.

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-002

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-003

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-004

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-005

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-006

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-008

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-009

hypebeast.com_image_2018_06_original-nike-mag-back-to-the-future-ii-shoe-auction-010

Sumber